Monday, January 25, 2010

Tiada Lagi Kini

Posted by mamma | Monday, January 25, 2010 | Category: |


Selepas hari itu tiada terluahkan kini
Tiada lagi kelembutan hati keindahan kata

mesejku kaku kerana sikapmu
Semuanya hilang dalam timbunan buku-buku
rasa hatiku yang membeku
Apalagi kesempitan ruang dan kesuntukan waktu
Membuat aku berlari-lari di antara masa dan masa

Tiada lagi kini
Saat-saat pena dan jari menari di kertas putih kini
Ketukan mesin taip mendendangkan lagu puisi
yang sayu megenangkanmu

Tiada lagi kini
Mata yang merenung jauh
melintasi jendela dan halaman
Melintasi mimpi-mimpi indah semalam
Tiada lagi kini tiada

Suaraku kini suara-suara gersang dan kering
Puisiku kini puisi-puisi keras dan kaku
dan
Yang tinggal hanya kenangan
bersama lapisan-lapisan
gambar wajahmu

~~adisg2~~

Currently have 0 comments:


Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails