Tuesday, December 15, 2009

MIKHAIL

Posted by mamma | Tuesday, December 15, 2009 | Category: |




















MIKHAIL - bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamat Dicksens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dicksens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua diemnsi - fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!


.......................
ini anatara koleksi2 buku yang bakal saya miliki insyaALLAH suatu hari nati .maklum sajalah skarang ney duit sedang pulus kos hidup semakin tinggi nak makan pun kena konsi so buku novel tolak tepi but buku motivasi still lagi beli .. walaupun saya tidak membacanya lagi secara keseluruhan saya menyatakan memang bes dari novel-novel lain dan pekara terpenting sekali saya nak nyatakan adalah saya amat minat novel bunuh2.
p/l
saya agak lambat menyedari kewujudan novel ini tapi saya amat berharap untuk memiliki novel ini.

semoga terhibur dengn novel yang sedang kamu semua baca .ya k..

Currently have 0 comments:


Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails