Wednesday, December 16, 2009
PETUNANGAN : hadis vs pemikiran
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (hebahkanlah) tentang perkahwinan”(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu,dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil) Kalau meneliti hadis di atas, pasti akan kedengaran suara2 yg berbisik di balik tiang, " Benda baik, buat apa nak sembunyi? " " Kan better kita hebahkan" Betul tak? itu terpulang yang penting sekarnag ney nak cerita pasal hadis vs pemikiran dalam soal kapel n petunangan menurut dua aspek ini . Hadis VS Pemikiran Islam tidak pernah melarang umatnya berfikir. Sebaliknya lebih menggalakkan umatnya berfikiran secara terbuka. Setiap yang tertulis, pasti ada hikmahnya. Allah itu Maha Mengetahui. Hanya kita sahaja terbatas pemikiran kita. Tapi masih ada hati untuk menyoal? Kenapa Islam suruh merahsiakan pertunangan? Tunang itu, bukanlah satu tiket untuk sebarang komitmen apa-apa lagi. Sebetulnya, pertunangan itu hanyalah untuk sesi berkenalan bagi pasangan 'bakal' pengantin. Bukanlah HALAL lagi untuk pasangan itu melakukan sesuka hati mereka atas tiket " Kami sudah bertunang " !! Cuba kita tengok akan keadaan orang bertunang, jika mereka hendak keluar membeli perkakas perkahwinan, si 'bakal' pengantin wanita masih perlulah diiringi penjaganya. Dalam suasana sebegitu, kan terjaga ikatan yang bakal diikatkan. Dalam pada masa yang sama, disitu juga terlihat berkenalan dengan 'penjaga' bakal pengntin perempuan itu. Married is not about 2 persons only! Ia melibkan orang sekeliling sama, maka berkenalanlah dengan bakal pak mertua or bakal abang ipar sama! Pertunangan Bagaikan Lesen Besaq Jika kita lihat zaman sekarang, jangan katakan sudah bertunang, dalam proses 'gelipren' dan 'boyapren' pun sudah diheboh-hebohkan. tengok sajalah dalam friendster, dalam facebook, dalam blog dan dalam macam-macam lagi alam maya ini, dengan bangganya menayangkan gambar-gambar boyapren dan gelipren pada semua orang. Dengan perasaan bangga pulak tu! Bayangkan, ambil gambar dengan gelipren berlaga pipi, lepas tu pamer dekat facebook. Bangga dia ada gelipren. Orang macam ini, mahu diklasifikasikan sebgai oreng jenis apa? Melakukan dosa, dan BERBANGA dengan dosa dilakukan dengan mempamrkan pada dunia! (Semoga Allah memberikan hidayah pada mereka) Keluar dengan kawan-kawan, bawa bersama boyapren ikut skali. Siap kenalkan pada semua kawan-kawan dia. Yang segak bergaya dengan body katang-katang ni laaboyapren dia! Lepas tu, kawan-kawan pun mangkuk sekaki. Dah nampak maksiat depan mata, bukan nak cegah dengan perbuatan atau pertuturan. Siap boleh tak der rasa apa-apa. Selemah-lemah iman, membenci perbuatan maksiat itu dengan hati sambil berdoa kepada Allah. Itu untuk selemah-lemah iman. ....................... selami hati, betukkan minda, ubah persenaliti dan lakukan dengan iklas .. kerana jalan itu masih panjang untuk diterokai segulung hati juga boleh membawa kehancuran apatah lagi sebuah perlakuan .cinta dunia bukan bererti cinta akhirat . disini juga saya ingin megucapkan selamat pengantin baharu kepada semua yang kawin pada hujung bulan ini dan kepada yang pembaca blog serta sahabat KU diingatkan cepat2 la kawin kerana itu sunnah . ini buat yang dicari kepada bakal isteriku cepat-cepatlah, munculkan diri untuk aku menatap wajah mu .aku juga berharap layaran kita akan sentiasa berada di air yang tenang meskipun badai yang melanda.Tidak sabar aku menantikan hadirnya dirimu dalam pangkuan ku ini . KHASBUATNYA... semogadapatbertemudenganmudisuatusaatnatisebelumkitamati...amen

Currently have 0 comments: