Thursday, February 18, 2010

Maulidur rasul

Posted by mamma | Thursday, February 18, 2010 | Category: |


maulidur rasul dah nak dekat.. apa lagi yang mahu ditunggu ha?? sebelum lebih lanjut berkenaan hari keputeraan baginda disini saya ingin menerangkan beberapa hadis sahih yang boleh diterima dan menolak sama sekali melakukan sambutan maulidur rasul adalah bidaah yang tidak dituntuk agama.

ada pandagan ulamak megatakan menyambut kelahiran rasulullah ini adalah haram ,makruh dan sebagainya .tapi bagi saya ia adalah sesuatu yang wajib dihayati andai kita benar mencintai rasulullah seperti kata dari Imam Mutawalli Sha'rawi,"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w) dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jinn Islam bergembira diatas kelahiran baginda (s.a.w), kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w)?"

Kita menyambut Maulidur rasul bukanlah untuk menjadikannya salah satu perayaan ibadah tapi hanya sekadar untuk mengingati dan mensyukuri akan kelahiran Nabi kita yang menjadi pembimbing kita keluar dari kegelapan. Menurut Ibnu al-Hajj "Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk membanyakkan kesyukuran kita kepada Allah setiap hari Isnin bulan Rabi'ul Awwal kerana Dia telah mengurniakan kepada kita nikmat yang besar iaitu diutusNya Nabi (s.a.w) untuk menyampaikan Islam kepada kita dan menyebarkan islam.

meniru akhlak nabi dan meniru segala perbuatan baginda dan memuji baginda yang merupakan satu perkara yang diarahkan oleh Allah di dalam ayat,"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya"

Terdapat juga hadith riwayat Bukhari didalam al-Adab al-mufrad dan kitab-kitab lain, Rasulullah (s.a.w) bersabda,"Terdapat hikmah di dalam syair"; dan kerana itu bapa saudara Nabi (s.a.w) al-'Abbas mengarang syair memuji kelahiran Nabi (s.a.w) seperti didalam rangkap berikut:

Dikala dikau dilahirkan , bumi bersinar terang Hinggakan nyaris-nyaris pasak-pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahaya mu, Dan kami dapat terus melangkah Lantaran kerana sinar dan cahaya dan jalan yang terpimpin


Oleh itu berdasarkan pada pendapat para ulama dan dalil-dalil maka kesimpulannya sambutan ini boleh diadakan tapi ia perlu diawasi dan diperjaga agar sambutan ini tidak tercemar dengan kegiatan yang tidak membawa kepada penghayatan Sirah nabi,dan kandungan program-program juga perlu ditekankan yang berbentuk mengenali nabi

antara sebahagian sunnah yang mudah untuk di ikuti ...semoga berbahagia kamu dengan kebahagiaan yang diberi ...

1.Orang yang berpegangan kepada sunahku pada saat umatku dilanda kerusakan maka pahalanya seperti seorang syahid. (HR. Ath-Thabrani)

2.Orang yang paling dekat dengan Allah ialah yang memulai memberi salam. (Abu Dawud)

3.Rasulullah Saw menyukai mendahulukan yang kanan dalam segala hal, meskipun waktu berjalan dan ketika memakai kasut. (HR. Ibnu Hibban)

4.jagalah selalu solat di awal waktu dan berjamaah di masjid lebih lagi solatIsya dan Fajr (shubuh).

5.Hadirilah majlis-majlis ilmu karena majlis ilmu termasuk taman surga.

6.Biarkanlah janggutmu : “Cukurlah kumis dan panjangkanlah janggut.” (hari. Bukhari Dan Muslim)

7.Perbanyaklah mengucapkan shalawat dan salam kepada Rasulullah.

8.Jauhilah bersiul dan tepuk tangan.
Dan bnyak lagi ....

selamat menyambut maulidur rasul .semoga mendapat sedikit mafaat daripada kelahiran Rasullulah S.A.W

Currently have 0 comments:


Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails