Monday, February 22, 2010

Dari Abu Hurairah RA katanya Rasulullah saw bersabda, malu itu adalah satu cabang iman
Apakah yang antum faham tentang malu? Ana pasti antum mengerti akan maksud kemaluan bukan?
Sanggupkah antum berdiri di khayalak ramai menunjukkan kemaluan antum? Hanya orang yang hilang kewarasan akal fikiran sahaja sanggup berbuat begitu bukan. Itulah definisi orang yang tidak malu.
Beza antara mereka yang malu dan tidak tahu malu seumpama mereka yang tahu akan perkara yang wajib dan mereka yang tidak tahu akan kewajipan.
Apabila ada sifat malu maka kita akan menjauhi segala tegahan dan larangan Allah.
Maka apabila kita tidak malu, maknanya kita sudah hilang nilai iman dan menjadi tidak waras. Maka dapatlah kita katakan mereka yang tidak beriman adalah mereka yang tidak waras.
Salah satu masalah yang sering berlaku adalah apabila kita berhadapan dengan kemungkaran di depan mata kita merasa takut pada Allah dan merasa malu pula terhadap orang yang melakukan kemungkaran. Sewajarnya betul lah sikap kita malu itu kerana kita tahu akan kesalahan yang dilakukan maka di situ kita tunduk pada larangan Allah tetapi kita juga harus malu kerana kita tidak menegah ataupun menasihati mereka.
Antara seorang lelaki dan perempuan siapakah yang lebih malu?
Antara seorang guru dan murid siapakah yang lebih malu?
Antara seorang ayah dan anak, siapakah yang lebih malu?
Antara kita dan Rasulullah saw siapakah yang lebih malu?
Jazakallah

Currently have 0 comments: