Sunday, January 10, 2010
CERPEN : kala hati sudah terusik 3
Sebagai pelajar tahun akhir, semester kedua merupakan penentuan samada aku akan berjaya atau tidak menamatkan pengajian. Jika tidak, alangkah ruginya memanjangkan lagi tempoh pengajian. Itulah yang membimbangkan ku dan itulah yang sering menekan perasaan ku. Ayah su :Siapa di sana ? Sambung suara itu lagi. Sukar bagi ku untuk meneruskan perbualan itu sebak hati yang tak terkata yang mampu ku jawab hnyalah kedukaan .apa yang aku dengar dari corong telefon itu memang di luar jangkaan Patutlah dia kelihatan serba-salah setiap kali bersama ku. Aku kesal kerana dia tidak mahu berterus-terang. dia sering membayangkan kekesalannya kerana kehadiran aku semula dalam hidupnya. Apakah yang ku mahukan dari semua pertemuan-pertemuan itu. Segalanya telah musnah tinggal impian semata hancur hatiku mendegarkan kabaran itu. Tetapi mulai saat ini, pesan itu akan tersimpan jauh di sudut hati ku. Menjadi rahsia peribadi ku. Bukan kerana aku tidak mahu mengucapkannya, tetapi kerana ia tidak mempunyai makna lagi. Segulung ijazah yang ingin ku jadikan hadiah paling berharga seakan tidak berguna lagi . Segalanya telah berakhir. Dan aku memang inginkan ia segera berakhir.\ ...................................................................................................................................
Aku mulai jarang menelefonnya. Ketakutan terhadap kegagalan lebih kuat menguasai diri ku dari kerinduan terhadapnya. Aku seakan cuba melupakannya.
Menjelang saat-saat akhir peperiksaan semester kedua itu, aku telah membuangnya jauh dari ingatan ku. Fikiran ku hanya tertumpu kepada pelajaran pelajaran dan pelajaran sahaja kerana aku tak mahu menghadapi kegagalan hidup lagi. Apalah yang ku harapkan melainkan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang terakhir itu.
Sebaik sahaja keputusan peperiksaan diumumkan, aku dengan wajah kegirangan terus menghubunginya.
Su :Hello !
Azam : Hello !( Suara garau tetapi lembut kedengaran di corong telefon. Aku dapat mengecam suara itu.)
Azam :Saya, Azman. Pakcik ke 'tu ?
Ayah su : Oh... Azman. Nak bercakap dengan su ya ?
Azam : Suhana ada di rumah x, Pakcik ?
Ayah su : tak ada. Dia baru saja keluar sebentar tadi. Dengan Rizal.
Azam :Rizal ? (Aku terkejut). Rizal yang mana, Pakcik ? Aku seakan tidak sabar menunggu jawapan itu.
Ayah Su :Anak rakan perniagaan Pakcik. Tunang Suhana. Dia baru sampai pagi tadi, dari Kota Kinabalu. suhana tak ada beritahu ?
Aku terdiam. Tidak menjawab seolah nyawaku telah hilang bersama perasaan ku yang hancur mendeganr pekabaran itu
Ayah su :Hello ! Hello ! Azman...
Azam : ya ya..Saya, Pakcik
Ayah su :Ada apa-apa pesan untuk Yati. Pakcik nak keluar sebentar lagi.
Azam :Tak tak ada apa2 ..( suara yang terkedu) Pakcik. Terimakasih. Assalamualaikum.
Memang ada pesan gembira yang ingin ku sampaikan perkabaran kejayaan aku dalam peperesaan akhir aku.
Hati ku kesal kerana bukan dia yang menyambut panggilan ku. Dan bukan dia yang memberitahu ku hal itu.
Lalu, setelah kekecewaan menjelma, aku berharap ia akan segera berakhir agar aku dapat melenyapkannya jauh dari ingatan ku. Ku harap dia berbahagia. Aku tidak merasa kecewa kiranya itu adalah satu dari ketentuan ALLAh Yang Maha Esa. Biarpun persahabatan yang begitu akrab terpaksa dikorbankan, tiada suatu apa pun yang harus ku kesalkan dari pertemuan-pertemuan itu.
Azam : Hello ! Siapa di sana tu ?Aku tersintak seketika mendengar suara lembut lunak dalam kesibukan di pejabat ku. Suara yang sering bergema di cuping telinga ku setahun dulu. Malah kini sudah sembilan tahun nadanya masih serupa. Aku masih dapat mengenali suara itu. Tapi aku ragu akan kehadirannya secara tiba-tiba.
Su :Aku... Suhana. Ingat lagi tujuh tahun dulu ?
Azam :Maksud kau, sembilan tahun dulu ?
Su ;Tak sedar rupanya sudah lebih dua tahun kita tidak bertemu."
Azam ;Tuhan tidak menghendaki pertemuan itu lagi. Kau harus sedar keadaan kita sekarang.
Su : azam dengarlah dulu. Kau tak beri aku peluang untuk menerangkan perkara yang sebenarnya.
Azam ;Baiklah. Cakaplah sekarang. Aku dengar.
Su : Bukan di sini, Azam Aku ingin bertemu kau
Azam : Untuk apa lagi ?... (Hati ku masih berat untuk menerima kehadirannya. Apalagi untuk membina pertemuan dengannya.)
Su ; Aku dan Rizal. Kami telah berpisah...
Azam : Apa ?... Apa maksud kau, ?(Aku seolah-olah dapat merasakan betapa berat hatinya mengucapkan kata-kata itu. Aku menjadi terharu dan simpati.)
Su :Kami tak ada persefahaman. dan aku tak mahu menerima sesiapa selain dirimu Azam ...
Azam :Aku masih tidak faham, maaf..
Su : azam berterus-teranglah, kalau kau memang tidak faham atau sengaja tidak mahu memahami. Aku akan terangkan semuanya bila kita bertemu nanti. Kau harus tahu, Rizal bukan pilihan ku.
Aku tidak bersuara. aku sekrnag dalm kebigunngan dimana ada lagi ruang dan kesempatan untuk aku terus disampinnya
Su :Hello...
Hati ku kembali basah dan segar.takkala kesedihan lalu aku tinggalkan jauh .
Azam : su, maafkan aku.
Su ; Tidak, Aszam . Sepatutnya akulah yang minta maaf. Aku tahu bagaimana perasaan kau terhadap aku. Aku juga begitu. Cuma aku tersiksa kerana kau tidak berterus-terang pada aku. Azam, katakanlah sekarang, kau mencintai ku. Atau kau mahu aku mengucapkannya terlebih dahulu."
Azam : su tidak cukupkah bukti dari apa yang aku tunjukkan selama ini ?
Su : azam katakanlah. Aku ingin mendengar dari mulut mu sendiri.
Azam : baiklah ... Aku memang mencintai mu. Cinta dengan sepenuh hati. Tapi bagi ku bukanlah kata-kata itu yang menandakan cinta ku. Apakah sikap ku selama setahun sejak pertemuan itu masih tak kau fahami ?
su: kalaulah kau ucapkan dari dulu lagi, kita tidak akan menyiksa diri begini.
Lalu perpisahan yang terjadi hampir setahun itu dijalin semula. Pertemuan yang lain diukir lagi. Tidak seperti pertemuan-pertemuan yang lalu, pertemuan kali ini bukan lagi merupakan pertemuan antara dua sahabat.

Currently have 0 comments: