Tuesday, December 29, 2009
Aliran ilmu umpama aliran air. Air sentiasa mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah. Lebih rendah suatu tempat itu maka, semakin banyaklah air yang mampu ditakungnya. Justeru, lembah dan lurah sering bertukar menjadi tasik atau sungai. Maka begitu ilmu, perlu ditakung dengan hati yang merendah diri..
Hidup ini adalah perjalanan yang panjang menuju mati, sebuah perjalanan yang lebih panjang. Segala ujian, rahmat, jua kurniaan dalam hidup, perlu diteguk hikmahnya kembara.apa yang aku cari adalah hikmah di atas setiap kejadian mahupun pengalaman , atau pengalaman yang diceritakan kepada aku. Menelusuri layar kisah kehidupan ku, mampu membuat anda tertawa, merenung diri 'Sungguh, itu jualah yang pernah aku alami'
setiap yang bernyawa dalam dunia ini pastinya mempunyai pelbagai keistimewaan dan kelemahan tidak terkecuali diri saya sendiri . sebelum melangkah jauh bekisar pengalaman dan penceritaan ini lebih dahulu saya , abdullah hadi kalau nama dalam internet lebih dikenali sebagai adisg2 atau adi sg2 . berasal pulau pinang skrng tinggal di KL ,masih belajar dalam electical eng. ingin meluangkan masa sejenak dengan semua merenung bagaimana asal kejadian kita dimuka bumi. kita dilahirkan kemudian dibesarkan dengan sempurna .melangkah lesu didalam alam penuh kejahilan .kemudian menuntut ilmu . bertambah sedikit demi sedikit sehingga sekarang .
'Setiap kejadian yang berlaku dalam hidup kita, adalah aset. Setiap manusia di sekeliling kita, juga adalah aset. Daripada mereka, kita belajar dan peroleh sesuatu. Melalui itulah, Allah berikan petunjuk buat kita. Melalui makhlukNya,untuk mentarbiyah kita dengan ilmu'
apa yang mahu saya buktikan
perkara yang paling asas dan paling utama adalah..hala tuju blog saya , Adakah sekadar diari luahan hati? kisah perjalanan hidup seorang manusia mungkin tidak sekadar dairi harian ,saya suka berfalsafah disamping menceritakan berkenaan perasaan , kisah , panduan , adn ada kalanya bermotivasi.saya pilih tema untuk blog ini adalah muhasabah diri dan kata2 semangat untuk mengasuh jiwa supaya menjadi manusia yang lebih baik .
Saya bukanlah manusia yang sempurna, jauh sekali untuk menjadi sempurna tetapi masih berharap kesempurnaan itu.InsyaAllah, jika di izinkan Tuhan, saya akan terus berkongsi idea..dengan harapan mana yang tak betul dapat di perbetulkan dan mana yang baik dapat di kongsikan bersama.Ajari aku berjalan..InsyaAllah aku akan tahu berlari..dan mungkin esok aku akan melompat atau mungkin menari.
Aku mungkin akan terjatuh..maka pimpinlah tanganku..hulurkan tanganmu, bantulah aku…kemudian bila kaki ku kembali kuat..lepaskanlah tanganku supaya aku mampu berdiri di atas kaki ku sendiri semula..seperti sedia kala..


Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Currently have 0 comments: