Sunday, December 27, 2009

kisah ku -PLKN Tasik Meranti bahagian 1

Posted by mamma | Sunday, December 27, 2009 | Category: , |

Gang delta

ini hari pertama aku berada dikem Plkn Tasik Meranti Wang Kelian Perlis .sebelum aku sampai di Kem ini aku telah membuat persiapan mental dan fizikal secukupnya untuk mengharungi segala dugaan disini .Pada pagi sebelum ke kem aku dapat bayangkan dimana kem aku itu berhampiran dengan tasik wahal setelah sampai di kem nauzubillah bertapa siksannya untuk masuk ke kem kami .jalan berliku-liku diselimuti hutan tebal kalau nak dikira kem ini mungkin kem yang paling hulu sekali ,aku juga masih ingat bagaimana perasaan menaiki van yang sama tarafnya dengan rollercoaster bertapa mahir dan cekapnya pemamdu van mengendalikan kenderaan mereka bak kata aku macam orang gila .jalan meneruni bukit ,jalan sempit , selekoh-selekoh tajam ,dan cerun-cerun yang menggerunkan ketika dilalui untuk sampai ke kem diharungi dengan selamber dan bersahaja tampa sebarang rasa gerun lagsung oleh pemandu van mungkin mereka dah terbiasa .tapi bagi aku mungkin ini yang petama, masyaALLAH mengucap sajalah yang terpikir waktu aku menaiki van mereka .

lewat jam 12 setengah selepas bas bertolak dari dewan mellenium angaran pukul 9-10 pagi ,kami tiba didepan gua Kelam dimana kem kami betul2 terletak di belakang gua kelam .tidak habis selepas menaiki bas kami terpaksa menaiki van untuk sampai ke kem dan bagasi-bagasi kami dibawa menaiki lori khas plkn.selepas sampai suasananya yang sunyi dan dikelilingi pohon sawit serta pokok getah sekitar kiri kanan depan belakang aku deruan unggas terdengar amat jelas ,bayangkan betapa jauhnya dunia meninggalkan aku line tefon bimbit makin berkurang suara dari tepon tersekat2 susah mendapat line di kem waktu mula2 aku sampai .

setelah tiba kami diberi satu bag plastik aku tak tahu untuk apa bag plstik itu digunakan ?? so ak habiskan saja lah baki duit topup ak dalam fon sebab aku ada rasa yang beg ney untuk simpan fon ak dalam 2. ha'h ternyata benar dan aku merupakan orang yang terakhir menyerahkan fon aku pada pengurusan terasa sukar nak serahkan fon itu bukan sebab berharga tapi sebab .. adalah sebab..
BPL

selepas itu kami diberi taklimat untuk persediaan petang ini untuk sesi pendaftaran selepas solat jumaat. sebelum itu budak2 kedah telah tiba sehari lebih awal dari kami .sesi pendaftaran habis dalam pukul 5 pada waktu itu hujan sangat lebat kemudian 5.30 hujan mulai reda jadi agak sejuk dan berkabus di kem .lepas saja sesi pendaftaran dan diberi pakaian aku ditunjukakan bilik penginapan selama 3 bulan disini .mulanya aku diberi BPL6(bilik pelatih laki6) oleh sebab aku kumpulan Delta aku telah dipindahkan ke BPL 2 .Dimana aku mulai berkawan dengan mereka-mereka yang bergelar super crezy of cipanze memang untunglah aku berada dalam BPL 2 sebab BPL 2 bergabung antara budak2 Charli dan Delta sporting abis.

semasa hari pertama aku dikem PLKN Tasik Meranti aku seperti orang asing sebab semua disini masing2 memandang muka masing2 dengan penuh tanda tnya .mulalah sedikit pebualan ringan dan tak lama selepas itu cikgu jambul memanggil semua penghuni BPL untuk menyaksikan demonstrasi layout katil dan kelambu dengan betul maklum sajalah semua yang hadir bukan yang tinggal diasrama mejoritinya jadi setiap pagi bilik bersepah disini di ajar berdisiplin.memang funny tahap gila lah bila cikgu zul aka jambul bagi penerangan kira semua dah mula think positive pasal plkn yang tak bez nya bila ada penambahan adegan-adegan yang x sepatunya(dipotong).


plz ney bilik aku waktu malam biasa la nk tido wat pa kemas2.

pukul 6.15 petang kami ke dewan makan untuk diberi lagi beberapa taklimat penting untuk malam ini dan makan malam .selesai solat makrib ustaz sanusi memberi kuliah petama kebetulan hari itu hari jumaat semua pelatih wajib maghrib kuliah agama. malam pertama berada di kem yang mengerunkan ditambah pula cerita seram oleh cikgu jambul bertambah lagi semagat aku menghayati suasana malam di kem PLKN ini dengan mata kasar .malam itu roll call pukul 10.30 malam ini pekara wajib setiap malam dan pagi untuk memastikan jumlah pelatih cukup setiap hari.

malam itu tidak habis begitu sahaja sesi sual kenal berlangsung meriah bagai pesta di BPL 2 .Aku berada di katil yang menghubungkan dua kompeni .dihujung kaki aku katil Liang budak cina yang happening sebelah kiri aku santish budak india yang progresif sebelah kanan aku Ansari a.k.a comel budak perlis yang cuba mencari cintanya disini dan dihujung kepala aku budak perlis juga Suha .Aku juga mengenali Bush yang menceriakn suasana PLKN dan bilik , nik Adil ,zarif, kak ros dan lain2 ramai sangat insyaALLAH nama2 yang lain akan muncul di kemunculan yang kedua.


sahabat berangkai aku kak ros ,nik adil,zarif

hari sabtu kami seharian berada di dewan untuk pelbagai sesi serta melawat sekitar kem dan juga sesi memperkenalkan ketua kompeni .ketua kompeni kami ,delta adalah cikgu Sem kemudian cikgu Azhar serta cikgu azman(emm plz sapa2 yang ingt tolong tambah).Delta memperjuangkan semangat setia kawan yang utuh serta telah mengajar ku erti sebuah kumpulan.??

kami seterusnya diberi tugasan KKJ(Kontrak Kita Janji )waktu inilah kami mula berkenalan antara ahli delta dan pada hari itu juga kami baru digabungkan antara lelaki dan perempuan .mereka inilah yang memainkan watak terpenting dalam kisah aku selama di plkn antaranya nik adil , kak ross , faiz charly , rembo ,comel ,pos man ,zarif ,mervis jin,tok ayah (bravo) ,fatin L (bravo) ,bob delta,tokwan, mizul, Afifah,Lia dan Syakira.kalau lelaki aku kenal ramai.

akan sambung bahagian kedua.

KKJ -PLKN Tasik Meranti bahagian 2

Currently have 1 comments:

  1. Assalamualaikum. Mana part 2 nyaaaa? Dok tggu jgk ni apa la yg hampa aemua kutuk kami geng jl. Hahahaha. Cikgu Sam aka Ulaq n Cikgu Man aka memerang.


Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails