Thursday, December 24, 2009
buku ini menampilkan beberapa kisah pendek yang biasa atau pernah dibaca sebelum ini. Contohnya seperti kisah anak penjual susu yang enggan mencampurkan air ke dalam susu yang akan dijual; kisah pemuda yang termakan buah epal dan berusaha meminta buah tersebut dihalalkan sehingga akhirnya menikahi anak gadis pemilik ladang epal yang pekak, bisu, dan lumpuh; dan beberapa cerita lain lagi. Walaupun kisah-kisah tersebut telah biasa didengari, pembaca tidak harus melepaskan peluang membaca buku ini kerana terdapat banyak cerita teladan lain yang jarang ditemui di buku-buku kebanyakan. Di samping itu, kisah yang biasa kita dengar dan baca, telah disoroti semula melalui perspektif berbeza. Misalnya perihal Adam dan Hawa yang mengingkari perintah Allah. Tanpa mengenepikan hakikat tersebut, penulis menyoroti pernikahan agung yang pertama dan kehidupan Adam dan Hawa di bumi setelah mereka berdua terpaksa meninggalkan nikmat di syurga. Begitu juga kisah pengorbanan isteri Nabi Ayub semasa baginda diuji Allah. Buku ini menghimpunkan koleksi 43 kisah benar kekasih Allah. Diolah dalam bentuk santai supaya mudah difahami dan dihayati. selamat menbaca..
Indahnya Cinta: Kisah-Kisah Kekasih Allah


Gratisan Musik

Currently have 0 comments: